Bismillahirrahmanirahim,
Sebagai sebahagian daripada usaha JKR Negeri Pahang ke
arah mewujudkan pengurusan kualiti menyeluruh didalam
Jabatan ini dan untuk menjadikan IT sebagai budaya kerja
untuk meningkatkan produktiviti, kualiti dan kuantiti,
melalui Laman Web ini juga JKR Negeri Pahang dapat
memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan memuaskan
hati pelanggan melalui internet.
Selain dari mendapatkan maklumat berkaitan perkhidmatan
yang disediakan oleh JKR Negeri Pahang, halaman web ini
juga memberi kemudahan kepada pelanggan untuk berurusan
melalui aduan online.
Melalui laman web ini, Kami berharap dapat membantu
warga JKR Negeri Pahang khususnya dan semua pelayar
internet amnya untuk mendapatkan maklumat mengenai kami.
Akhirnya, saya mengalu-alukan sebarang cadangan dan
pandangan dari warga JKR Negeri Pahang dan pelayar
internet untuk meningkatkan lagi kualiti dan
produktiviti JKR Negeri Pahang supaya kami terus
cemerlang,gemilang dan terbilang.
Sekian, Terima Kasih.
Dato' Ir. Rosman bin Yahya
Pengarah Kerja Raya Pahang.
|