E-Mel: webmaster@pahang.gov.my  

Perutusan Pengarah


Sebagai sebahagian daripada usaha JKR Negeri Pahang ke arah mewujudkan pengurusan kualiti menyeluruh didalam Jabatan ini..
Seterusnya

Perkhidmatan Kami

JKR bertanggungjawab merancang, merekabentuk, dan membina projek infrastruktur di negara kita. Kami berperanan sebagai agensi pelaksana....
Seterusnya

Misi / Visi

Kami akan menjadi pusat kecemerlangan pembangunan infrastruktur dengan menggunakan kreativiti dan inovasi modal insan serta teknologi....
Seterusnya

Objektif

Menyediakan infrastruktur jalanraya, bangunan dan perkhidmatan kejuruteraan bagi memenuhi dasar Pembangunan Negara dan Kerajaan Negerii....
Seterusnya

Piagam Pelanggan

JKR Pahang berjanji akan melaksanakan dan menyelenggara projek-projek pembangunan infrastruktur dan kemudahan awam....
Seterusnya

Hiper Rangkai

Pasukan Laman Web

    Kemaskini Pada :
20 Mac 2008

Berita dan Aktiviti

19-03-2008

Mesyuarat Pengurusan JKR Pahang Bulan Mac 2008, Rompin Pahang 17-20 MAC 2008

 

Pada 17-20 Mac 2008, JKR Pahang telah mengadakan satu Mesyuarat Pengurusan yang melibatkan Ketua Bahagian dan semua Jurutera Daerah JKR negeri Pahang. Mesyuarat bulanan yang dipengerusikan oleh Dato’ Pengarah Kerjaraya Pahang, Ir. Dato’ Rosman Bin Yahya ini, bertujuan membincangkan dan menyelesaikan masalah dan isu berkaitan pengurusan JKR Pahang dan juga projek pembangunan.

Mesyuarat ini juga ada membincangkan mengenai laporan Ketua Audit Negara yang melibatkan beberapa kepincangan dalam Pengurusan dan Pentadbiran Agensi Awam.


01-02-2008

Lawatan Sultan Pahang Semasa Pemasangan Bailey Bridge di Jalan Tanjung Lumpur

 

Sultan Pahang, Tuanku Sultan Hj. Ahmad Shah, telah mencemar duli turun melawat kerja-kerja pemasangan jambatan Bailey di Jalan Tanjung Lumpur pada 20 Jan 2008. Beliau yang ditemani Pengarah Kerjaraya Pahang, Dato’ Ir. Rosman bin Yahya berada di tapak selama lebih 5 jam untuk memerhati dan memberikan sokongan moral kepada pekerja JKR yang bertungkus lumus menyiapkan jambatan sementara tersebut.        

Berikutan hujan lebat dan air pasang pada 18 Jan 2008, sebuah pembentong di Jalan Tanjung Lumpur, Kuantan runtuh. Oleh kerana laluan tersebut terus terputus, ia terpaksa ditutup kepada semua kenderaan sementara waktu. Pasukan Jambatan Bailey terpaksa dihantar ke tempat kejadian untuk memasang jambatan keluli untuk menyambungkan laluan yang terputus. Jambatan tersebut mengambil masa lebih kurang dua hari untuk disiapkan.


17-01-2008

Sambutan Hari Quality Peringkat JKR Pahang

 

JKR Pahang telah mengadakan satu majlis Sambutan Hari Kualiti (Hari Q) pada 17 Jan 2008. Sambutan ini diadakan di Tingkat 0, Bangunan Kompleks Tun Razak. Majlis tahunan ini diadakan bertujuan untuk memberikan pengiktirafan dan meningkatkan komitmen kakitangan supaya lebih berdayamaju dan berkualiti. Majlis dihadiri oleh lebih 300 kakitangan JKR Pahang yang terdiri daripada kakitangan yang diraikan iaitu penerima Anugerah Khidmat Cemerlang 2006, pesara, Pemenang KMK, dan juga peserta perbarisan Hari Kebangsaan 2007.

Pada tahun 2006. JKR Pahang ada menganjurkan Pertandingan Pengurusan Kualiti, di mana sebanyak 11 Kategori Pertandingan di pertandingkan. Anugerah disampaikan oleh Dato’ Ir. Rosman Yahya selaku Pengarah Kerjaraya Pahang.

Dalam ucapan aluan beliau di majlis ini, beliau menegaskan keperluan perubahan sikap kakitangan JKR Pahang amat penting untuk mencapai kualiti yang akhirnya diterjemahkan kepada produk yang dikeluarkan.

Paparan terbaik Browser Internet Explorer 6 pada resolusi
800 x 600 pixel dan keatas

Pengumuman

Menu Utama

Iklan Tender JKR Malaysia

Peta Jalan Negeri Pahang
 

JKR Strategic Framework
 

Latihan / Kursus

Peperiksaan
 

Sistem Aplikasi
(Kakitangan Sahaja)

Anugerah / Penghargaan

 Penghargaan 01

Penghargaan 02

Penghargaan 03

MS ISO 9001

Penafian | Soalan Lazim (FAQ)
Rekabentuk Oleh:
Pasukan Lamanweb JKR Negeri Pahang, E-Mel: webmaster@phg.jkr.gov.my

Hakcipta Terpelihara @ JKR Negeri Pahang 2006 - 2008